fbpx

Penagih lari tinggal dua anak elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penagih dadah meninggalkan dua anaknya selepas port dadah diserbu AADK di Permatang Pauh, Seberang Perai semalam.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang bapa yang ingin melepaskan gian sanggup meninggalkan dua anaknya di kawasan belukar yang menjadi ‘port’ dadah bagi mengelak daripada ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Permatang Pauh, Bukit Mertajam di sini semalam.

Dalam Op Bersepadu bermula pukul 6.30 petang itu, sepasukan anggota AADK daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu kawasan belukar terbabit yang menjadi lokasi aktiviti penagihan dadah.

Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung berkata, ketika serbuan terdapat tiga lelaki yang ingin melepaskan gian namun masing-masing melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Walau bagaimanapun, dua daripadanya berjaya ditahan manakala seorang lagi dapat melarikan diri.

“Lebih menyedihkan lagi apabila lelaki itu sanggup meninggalkan dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun yang dibawa bersama ke kawasan hutan terbabit.

“Kita kemudiannya menghantar dua beradik lelaki itu kepada keluarga terdekat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Elmariah berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua individu yang ditahan turut positif dadah.

Katanya, kawasan belukar terbabit antara lokasi aktif bagi aktiviti penagihan dadah sejak seminggu yang lalu.

Sementara itu, kedua-dua penagih ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI