fbpx

Nasib malang Marquez di Litar Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ terpaksa melupakan seketika aksi di litar kerana perlu memberi fokus pemulihan lengan kanannya yang patah akibat kemalangan di GP Sepanyol sebelum ini. – AFP

JEREZ – Juara dunia MotoGP, Marc Marquez akan menjalani pembedahan susulan kecede­raan patah lengan kanan akibat kemalangan ketika beraksi di Grand Prix (GP) Sepanyol kelmarin.

Pelumba Repsol Honda tersebut mempamerkan aksi cukup mengujakan apabila menguasai awal perlumbaan, namun terbabas sehingga menyebabkan dia tergelincir di posisi ke-16.

Marquez yang terkenal de­ngan gelaran baby alien itu bangkit dengan memintas seorang demi seorang pelumba di hadapannya dan berjaya berada di kedudukan ketiga.

Ketika perlumbaan berbaki lima pusingan, Marquez ber­usaha untuk memintas Mave­rick Vinales (Monster Energy Yamaha), namun aksi agresifnya dilihat memakan diri selepas dia hilang kawalan di selekoh keempat Litar Jerez.

Marquez tercampak pada kelajuan yang tinggi sebelum tayar hadapan jentera RC213V terkena tangannya.

Repsol Honda mengesahkan kecederaan tersebut dan Marquez bakal menjalani pembedahan di Barcelona secepat yang mungkin.

“Insiden itu menyebabkan Marquez mengalami kecederaan patah tulang humerus (tulang lengan) kanan dan akan ke Barcelona untuk pembedahan.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan MotoGP mengesahkan tiada kecederaan serius yang lain tetapi akan terus memantau keadaannya dalam tempoh 12 jam berikutnya untuk memastikan keadaan stabil.

“Marquez akan ke Hospital Universitari Dexeus di Barcelona dan untuk menjalani pembedahan yang bakal dilakukan oleh Dr. Xavier Mir dan pasukannya esok.

“Tempoh pemulihan masih belum dipastikan. Pasukan Repsol Honda akan memberikan maklum balas selepas ia selesai dijalankan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN