fbpx

Chelsea gadai dua pemain demi Rice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE (kanan) menjadi buruan Chelsea ketika ini yang sanggup menjadikan dua pemainnya sebagai umpan kepada West Ham untuk melepaskannya. - AFP

LONDON – Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea serius untuk menandatangani khidmat pemain tengah West Ham United, Declan Rice dengan menawarkan Ross Barkley dan Michy Batshuayi secara suka sama suka.

Difahamkan, pengendali The Blues, Frank Lampard sebelum ini sememangnya berminat untuk mendapatkan khidmat Rice kerana bintang antarabangsa England itu memiliki reputasi antara pemain tengah bertahan terbaik EPL.

Sebagai rekod, Rice merupakan bekas pemain Akademi Chelsea sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke West Ham pada usia 14 tahun.

Skuad The Blues sememangnya berhasrat untuk menjual Batshuayi yang memiliki baki kontrak selama setahun dengan gaji £120,000 (RM650,000) seminggu. 

Barkley pula memiliki kontrak berbaki tiga tahun dengan gaji dilaporkan £150,000 (RM812,000) seminggu. – AGENSI

 

BARKLEY (kiri) dan Batshuayi menjadi umpan untuk Chelsea mendapatkan Rice dari West Ham. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI