fbpx

Buruh edar dadah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang rampasan dalam serbuan di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang buruh ditahan selepas polis menemui kira-kira 26 gram (g) dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1,400 di Pekan Darat, Butterworth di sini semalam.

Lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di tepi jalan sawah Permatang Tok Jaya kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan fizikal suspek, pihaknya merampas 24.5g heroin, 0.7g ganja dan 0.6g syabu.

”Kita percaya bekalan dadah terbabit adalah untuk dijual di sekitar kawasan Pekan Darat.

“Saringan awal ujian air kencing suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek akan direman bermula hari ini sehingga 27 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen (15)(1)(a) akta sama.
– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI