fbpx

Aiman belajar mengenal huruf dengan Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALINAH (kiri) dan Aiman melihat muka depan akhbar Kosmo! ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi semalam.

KAJANG – Biarpun dikategorikan sebagai remaja Autisme, keadaan itu tidak menjadi penghalang buat Wan Azmeen Aiman Wan Awat, 14, untuk memupuk minat membaca dan menguasai bahasa Melayu.

Ibunya, Zalinah Yusuf, 56, berkata, anaknya yang mesra dipanggil Aiman tidak berminat membaca sebelum ini malah ke­rap meragam sekiranya diberikan buku.

Sikap remaja itu bagaimanapun berubah selepas Aiman diperkenalkan dengan akhbar Kosmo! beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini agak sukar untuk saya mengajar Aiman mengenal huruf apatah lagi membaca kerana dia tidak berminat.

“Namun agak mengejutkan apabila dia tertarik dengan akhbar Kosmo! selepas melihat muka depan akhbar kompak ini,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dekat sini semalam.

Ceritanya, perkataan pertama yang terpacul di mulut anaknya ialah Kosmo! dan sering diulang apabila dia memegang akhbar itu.

Bermula detik itu, Zalinah memilih Kosmo! sebagai bahan bacaan untuk mengajar Aiman mengeja dan membaca.

Beliau berasa gembira dan bersyukur kerana akhbar Kosmo! diterbitkan semula semalam namun kecewa apabila akhbar itu telah kehabisan di pasaran.

“Aiman kembali mengukir senyuman selepas kakitangan Kos­mo! berkunjung ke sekolah hari ini (semalam) dan menyerahkan sendiri akhbar tersebut kepada kami,” katanya.

ZALINAH (kiri) dan Aiman melihat muka depan akhbar Kosmo! ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI