fbpx

[VIDEO] Tanah mendap kerana cerucuk pembinaan LRT3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendapan tanah yang berlaku Jalan Klang - Banting.

KLANG – Mendapan tanah kira-kira 30 meter persegi berlaku di Jalan Klang – Banting susulan kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang berhampiran persimpangan lampu isyarat di kampung Johan Setia mengakibatkan penutupan jalan sepenuhnya di jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner  Shamsul Amar Ramli berkata, susulan itu kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan kini dilencongkan ke arah Taman Bayu Emas, Kampung Johan Setia dan ke Lebuhraya Shah Alam atas sebab keselamatan.

“Mendapan berkenaan berlaku di persimpangan lampu isyarat Kampung Johan Setia menghala ke Banting, pada awal kejadian polis membuka satu lorong kontra bagi kegunaan kenderaan yang menghala ke arah Banting.

“Bagaimanapun selepas beberapa jam, mendapan turut dikesan berlaku dilaluan kontra berkenaan dan kini lorong bagi kedua-dua arah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar turut menjelaskan, pihak Jabatan Kerja Raya dan MRCB George Kent selaku rakan pelaksana projek berkenaan kini berada dilokasi bagi menyiasat perkara berkenaan.

Dalam pada itu, jurucakap MRCB George Kent ketika dihubungi pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI