fbpx

Restoran Line Clear beri bacaan percuma akhbar Kosmo!, Utusan Malaysia esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHUBAR Ali (Kanan) akan menyediakan bacaan percuma akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia selama seminggu mulai esok.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Pengusaha Restoran Nasi Kandar Line Clear, Jalan Penang di sini mengambil insiatif menyediakan bacaan percuma akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia kepada pelanggannya selama seminggu mulai esok.

Sahubar Ali Mohd. Hanibah, 62, berkata, langkah itu sebagai tanda sokongan bagi pembukaan semula dua akhbar tersebut yang sebelum ini banyak memberi liputan berita meluas berkaitan restorannya.

Menurutnya, penjualan semula dua akhbar berbahasa Melayu itu sememangnya memberi banyak impak kepada pembaca termasuk dalam usaha memartabakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya antara individu yang berasa gembira dengan berita pembukaan semula akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia. Sebelum ini, mereka banyak menyokong perniagaan kami dengan membuat pelbagai liputan berita dan rencana.

“Peringkat permulaan, saya akan memberi bacaan dua akhbar ini kepada pelanggan restoran mulai esok selama seminggu. Pelanggan berpeluang mendapatkan berita-berita menarik sambil menikmati hidangan nasi kandar asli,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sahubar Ali turut merancang mengadakan jualan akhbar Kosmo! dan Utusan Melayu di lokasi perniagaan warisan itu nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI