fbpx

Raja Salman dimasukkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 19 Mac lalu menunjukkan Raja Salman bin Abdulaziz berucap di Riyadh, Arab Saudi. - AFP

RIYADH, Arab Saudi – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz dimasukkan ke sebuah hospital di sini akibat radang pundi hempedu.

Pihak istana dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Saudi menyatakan, Raja Salman, 84,  dimasukkan ke Hospital Raja Faisal hari ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan akibat penyakit kolesistitis.

Kenyataan sama bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, Menteri Luar, Raja Faisal bin Farhan berkata, lawatan Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi ke Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditunda berikutan perkembangan tersebut.

“Sebagai mengiktiraf lawatan yang sangat penting dan keinginan untuk menjayakannya, kepimpinan kerajaan ini dan Iraq memutuskan untuk menangguhkan lawatan tersebut,” katanya.

Di bawah pemerintahan Raja Salman, Arab Saudi melaksanakan reformasi ekonomi untuk menghadapi era pasca minyak dan memberikan lebih banyak hak kepada wanita. Riyadh juga melaksanakan dasar luar lebih berani dan menyertai perang di negara jirannya, Yemen.

Raja Salman menaiki takhta selepas kemangkatan   saudara tirinya,  Raja Abdullah yang berumur kira-kira 90 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN