fbpx

Peluang terbaik Wan Kuzri pamer kemampuan sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN KUZRI (kanan) berpeluang untuk membuktikan potensi yang dimiliki pada dua aksi persahabatan yang akan dijalankan nanti.

DUA aksi persahabatan skuad bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan bakal menjadi medan pertama menguji kemampuan pemain muda negara kelahiran Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney masih belum memutuskan dua lawan bakal dihadapi anak-anak buahnya yang dijangka diadakan sebelum tamat kem latihan pusat fasa pertama pada 26 Julai ini.

“Buat masa sekarang masih awal untuk menilai Kuzri kerana dia baru sertai beberapa sesi latihan sejak Selasa lalu. Lagi pun tak banyak sesi bola sepak dapat dilakukan pada hujung minggu.

“Kami bercadang untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan. Sekarang fokus kami lebih kepada memastikan para pemain bersedia untuk menghadapi dua aksi persahabatan nanti.

“Kalau boleh memang saya mengharapkan dia (Kuzri) dapat libatkan diri dengan aksi persahabatan ini,” katanya sewaktu sesi latihan skuad B-19 di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia di Kelana Jaya petang tadi.

Dalam masa sama, Maloney, 48, menegaskan beliau tidak terkesan dengan perhatian dan tumpuan meluas yang diberikan kepada pemain dari Akademi Bola Sepak St. Louis itu.

“Memang normal apabila seseorang pemain itu sedikit berbeza, lebih-lebih lagi datang dari luar negara. Begitupun dia tetap perlu buktikan dia layak secara merit untuk berada dalam skuad sama seperti pemain-pemain lain.

“Walaupun dia ada potensi dan boleh menjadi aset pasukan tetapi tiada mana-mana pemain terjamin tempat untuk tersenarai ke sesi pemilihan terakhir,” jelasnya jurulatih dari Australia itu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI