fbpx

Lelaki ditetak kerana curi seluar dalam bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK yang dikenali sebagai A mengerang kesakitan selepas tangan kirinya putus ditetak penduduk kampung kerana disyaki mencuri seluar dalam bekas isterinya. – AGENSI

JAKARTA – Seorang lelaki menerima padah selepas dipukul dan ditetak penduduk kampung sehingga tangan kirinya putus kerana mencuri seluar dalam milik bekas isterinya, lapor Tribunnews.com.

Dalam kejadian di Desa Lendang Nangka, Lombok, Indonesia baru-baru ini, suspek berusia 47 tahun itu didakwa telah mencuri seluar dalam tersebut untuk digunakan dalam upacara ilmu hitam.

Pegawai polis tempatan, Zen Basri berkata, lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai A telah bercerai dengan isterinya tetapi dia mahu wanita itu kembali semula kepadanya dengan menggunakan ilmu sihir.

“Bagaimanapun, bekas isterinya curiga selepas mendapati beberapa helai seluar dalamnya hilang dan mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh bekas suaminya,” kata Zen.

Wanita terbabit kemudiannya pergi ke rumah suspek bersama penduduk kampung untuk bertanyakan hal sebenar.

Suspek pada awalnya enggan mengaku, namun selepas dibelasah teruk, dia akhirnya mengaku berbuat demikian.

A yang putus tangan kirinya akibat ditetak kini dirawat di hospital tempatan. Dalam perkembangan sama, pihak polis masih menyiasat kes tersebut dan memburu individu yang menyerang suspek menggunakan senjata tajam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN