fbpx

Jurujual maut, kereta rempuh pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA LUMPUR - Keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa remuk selepas melanggar besi pembahagi jalan di Jalan Sungai besi arah pusat bandar.

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan dalam satu kejadian di Jalan Sungai Besi arah pusat bandar di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Lee Ming Fong, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Country Homes, Rawang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu jurujual itu hilang kawalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI