fbpx

Gangguan bekalan air di Klang, Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat, Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan kejadian paip pecah di Klang pada pukul 4 petang hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Elina Baseri berkata, kawasan terjejas di Klang adalah Bandar Bistari, Batu 5 dan 6 Sijangkang serta Jalan Johan Setia.

“Kawasan terjejas di Kuala Langat adalah seluruh kawasan Sijangkang dan Kampung Medan, Jalan Sijangkang Utama, Eco Sanctuary, Batu 9 Kebun Baru, Taman Perwira dan Taman Seri Medan.

“Turut terjejas kawasan Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Elina berkata, bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terlibat digerakkan bagi membantu penduduk yang terjejas. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI