fbpx

Shell Malaysia lancar minyak enjin Helix Power dan Helix Protect   

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. (Shell Malaysia) memperkenalkan dua pilihan minyak enjin Shell Helix baharu iaitu Power dan Protect yang dirumus khas mengikut gaya pemanduan serta keperluan pemilik kenderaan.

Shell Helix Power dirumus khas untuk pemandu yang memerlukan kuasa dan daya pecutan khususnya semasa pemanduan di lebuh raya atau laluan sukar.

Bagi pemilik kenderaan yang terpaksa memandu dalam kesesakan trafik terhenti-henti, Shell Helix Protect memberi perlindungan tambahan pada enjin kenderaan.

Dua produk minyak enjin ini sesuai untuk kebanyakan model kereta di Malaysia, bergantung kepada spesifikasi minyak sama ada 0W, 5W atau 10W.

Minyak enjin baharu Shell Helix Protect dan Helix Power didatangkan dalam pek 4 liter.

 

Shell Helix Power dan Protect yang didatangkan dalam pek 4 liter adalah bendalir yang menggunakan teknologi PurePlus iaitu minyak asas bersih yang dihasilkan daripada gas asli.

“Seperti yang tertera pada label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa manakala produk yang satu lagi menawarkan lebih perlindungan.

“Anda hanya perlu memilih produk yang paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan,” kata Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.

Shell Helix Power ditawarkan pada harga runcit RM280 sebotol manakala harga yang disyorkan untuk Shell Helix Protect ialah RM240 setiap pek. Kedua-dua bendalir ini adalah minyak enjin sintetik penuh yang mempunyai tahap kelikatan rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN