fbpx

Pemungut kelapa sawit dituduh miliki senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahzairos (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Kulim pada hari ini atas pertuduhan memiliki senapang.

KULIM – Seorang pemungut kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan membabitkan kes memiliki senapang patah, peluru hidup, kelongsong peluru dan pisau pada 6 Julai lalu.

Tertuduh, Shahzairos Ramli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Musyiri Peet dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kulim, Balkhis Abdul Halim.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki sebilah pisau berhulu hitam berukuran kira-kira 19 sentimeter (cm), selaras senapang patah bertulis Carina dan selaras senapang patah buatan sendiri.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh berhadapan dengan tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki dua butir peluru hidup tertera perkataan Zuber; 16 kelongsong peluru dan 13 butir peluru hidup tertera tulisan SME Mega.

Pertuduhan bagi semua kesalahan tersebut dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Dia dituduh melakukan keenam-enam pertuduhan itu di Jalan Kampung Padang Cina di sini kira-kira pukul 5.30 petang, 6 Julai lalu.

Mahkamah Sesyen tidak membenarkan Shahzairos diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 18 Ogos depan.

Pendakwaan kes di Mahkamah Sesyen dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, S. Pavitra manakala di Majistret dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, P. Vickneswaran.

Tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Kirenram.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI