fbpx
Megat D. Shahriman (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Presiden MASAC, Datuk Izhar Abu Talib (dua dari kiri) di Hotel Sani, Kuala Lumpur hari ini.

MASAC terima sumbangan RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR/SAIRUL ZAMRI MISRANI

KUALA LUMPUR – Yayasan Usahawan Negara menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Majlis Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MASAC) bagi membantu melicinkan pentadbiran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Presidennya, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, masalah pengambilan bahan terlarang adalah isu yang berterusan dan ia melibatkan pelbagai bidang seperti sukan dan industri hiburan selain pengguna sedia ada.

“Dalam perkara ini, saya serta komuniti sukan berharap untuk mengadakan program bersama dengan (MASAC) untuk memberi kesedaran mengenai dadah kepada masyarakat umum,” katanya merangkap Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutup Bengkel Permasalahan Penggunaan Amphetamine Type Stimulant (ATS) di Hotel Sani di sini hari ini. – K! ONLINE

POPULAR