fbpx

GIVI Asia lancar kotak simpanan B42N Antartica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengeluar aksesori motosikal, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) memperkenalkan sebuah kotak simpanan barang jenis top case baharu yang dijangka memasuki pasaran tempatan bermula Ogos ini.

Dinamakan B42N Antartica, kotak simpanan berbentuk segi empat yang dihasilkan menggunakan material polipropilena gred tinggi adalah seluas 420 liter.

B42N Antartica boleh memuatkan seunit topi keledar muka penuh beserta beberapa barangan kecil lain seperti baju hujan. B42N Antartica turut dilengkapi pemantul cahaya pada bahagian kiri dan kanan kotak.

GIVI Asia turut memasang sistem kunci Micro 3 untuk membantu meningkatkan tahap keselamatan simpanan barang di dalam B42N Antartica.

Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, E43 adalah antara kotak simpanan keluaran syarikat yang mendapat sambutan baik daripada penunggang motosikal disebabkan reka bentuk dan bersaiz besar.

“Oleh sebab itu, B42N Antartica dicipta dengan keluasan kapasiti 42 liter untuk simpanan barang,” katanya.

B42N Antartica boleh didapati daripada kedai GIVI Asia dan kira-kira 300 pengedar di seluruh negara. Harga jualan yang disyorkan ialah RM420 bagi setiap unit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN