fbpx

933 rakyat Malaysia diperintah kuarantin wajib di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seramai 933 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air semalam diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari Jepun, Indonesia, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Singapura, Australia, Turki, Korea Selatan, India, Bangladesh dan Iran.

“Seramai 934 orang rakyat Malaysia pulang ke tanah air semalam.

“Seramai 933 individu diperintah menjalani proses kuarantin wajib di rumah manakala seorang telah dibawa ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan telah membuat saringan ke atas 21,014 individu di pintu masuk KLIA dari 10 Jun hingga 18 Jun lalu.

“Daripada jumlah ini, 20,937 individu didapati negatif Covid-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

“77 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI