fbpx

Lampard nafi Chelsea miliki kelebihan berdepan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMPARD tidak menganggap tempoh rehat yang lama sebagai satu kelebihan buat Chelsea untuk berdepan United. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengakui pasukannya tidak memiliki sebarang kelebihan menjelang aksi separuh akhir Piala FA menentang Manchester United malam esok meskipun memiliki tempoh rehat yang lebih lama.

Sebagai rekod, Chelsea berjaya mengalahkan Norwich di Stamford Bridge pada Rabu lalu, berbanding Manchester United yang turun lewat 48 jam untuk merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace awal pagi Jumaat.

Kata Lampard, dakwaan pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solksjaer bahawa mereka memiliki kelebihan adalah tidak berasas kerana apa yang penting pemain masih sempat menjalani proses pemulihan.

“Pasukan kami mengharungi jadual padat sama seperti pasukan lain dan kami juga tidak terkecuali untuk melakukan penggiliran dalam kesebelasan utama. Apa yang penting adalah proses pemulihan yang betul dan kerja keras dalam latihan untuk mengharungi aksi seterusnya.

“Secara peribadi, ini adalah isu yang lapuk dan ia sama sekali tidak memberi kelebihan buat mana-mana pasukan,” kata Lampard.

The Blues sedikit tempang untuk mengharungi aksi tersebut selepas kehilangan khidmat pemain tengah berpengaruh, N’Golo Kante yang mengalami kecederaan hamstring. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI