fbpx

Vettel kuat dikait sertai Racing Point

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL meninggalkan Ferrari selepas pasukan itu menyenaraikan Carlos Sainz Jr. sebagai pelumba baharu musim depan. - AFP

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel dilapor mempertimbang peluang menyertai pasukan Racing Point selepas kontraknya berakhir bersama Ferrari hujung musim ini.

Pelumba kelahiran Jerman itu mengakui masih belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan selepas Ferrari membuat keputusan membawa masuk Carlos Sainz Jr. untuk bergandingan bersama Charles Lecrec musim depan.

Pemilik Racing Point ketika ini, Lawrence Stroll dilaporkan telah bersedia memberikan tempat buat Vettel untuk menjadi pelumbanya musim depan dengan beberapa tawaran menarik.

Jika Vettel bersetuju, bermakna juara dunia empat kali itu akan beraksi bersama pasukan itu yang akan menukar nama  kepada Aston Martin F1 Team.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, masih belum ada berita menarik mengenai masa depan saya dalam saingan F1. Semua pilihan seperti bersara, berhenti ataupun menyertai pasukan lain masih terbuka. 

“Mengenai khabar angin menyertai Racing Point ia adalah sekadar berita sahaja. Sebelum ini saya juga melakukan perbincangan dengan Renault tetapi ia sekadar pertemuan biasa sahaja. Jadi, ia masih terbuka,” kata Vettel.

Jika Racing Point membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat Vettel, mereka terpaksa menggugurkan Sergio Perez tetapi pelumba kelahiran Mexico itu masih mempunyai kontrak hingga musim 2022. – AGENSI

VETTEL mendedahkan bahawa tiada keputusan dibuat mengenai masa depannya setakat ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN