fbpx

Gangguan air di Selangor, Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ganguan bekalan air berjadual melibatkan lima wilayah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak Selasa lalu, telah pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) Elina Baseri berkata, gangguan melibatkan 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan itu telah pulih sepenuhnya  kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

“Gangguan bekalan di semua lima wilayah Kuala Langat, Kuala Lumpur, Gombak, Klang/Shah Alam dan Petaling telah pulih sepenuhnya.

“Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama baik daripada pengguna dan juga semua warga kerja Air Selangor yang bertugas semasa misi bantuan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Elina berkata, pengguna disarankan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play Store atau Apps Store untuk info terkini bekalan air.

“Pengguna juga boleh merujuk laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor atau dengan melayari laman sesawang www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, Air Selangor memaklumkan 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Lumpur, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 14 hingga 17 Julai ini berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN