fbpx

Van Dijk beri hadiah buat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK (kiri) melakukan kesilapan ketika Liverpool tewas 1-2 kepada Arsenal di Stadium Emirates awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui aksi hambar yang dipamerkannya menjadi punca utama The Reds gagal mengutip tiga mata penuh selepas tewas 1-2 kepada Arsenal di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Keputusan tersebut menyaksikan harapan Liverpool untuk memintas rekod Manchester City yang meraih 100 mata pada musim 2018 tidak dapat dilaksanakan.

Pada aksi tersebut, kesilapan Van Dijk membuat hantaran kepada Alexandre Lacazette berjaya memberi gol penyamaan buat Arsenal sebelum penjaga gol utama, Alisson Becker juga tersilap langkah sehingga menyaksikan Reiss Nelson menjaringkan gol kemenangan.

VAN DIJK (kanan) menerima asakan daripada Lacazettepada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi. – AFP

“Gol penyamaan Arsenal adalah kesilapan daripada kami. Sebelum mereka menjaringkan gol tersebut, kami mendominasi permainan sepenuhnya. Gol kedua mereka turut berlaku kesilapan yang sama’

“Saya akui ia bagaikan hadiah buat pasukan Arsenal. Saya akui tersilap percaturan khususnya pada gol pertama dan saya bertanggungjawab sepenuhnya.

“Namun, kehidupan perlu diteruskan dan kami perlu fokus untuk menang pada dua aksi seterusnya,” kata Van Dijk.

Liverpool dijadualkan bertemu dengan Chelsea pada Khamis depan di Stadium Anfield sebelum bertandang ke St. James Park untuk menentang Newcastle United pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris pada Ahad. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN