fbpx

PPSMI tidak akan diperkenalkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak merancang untuk memperkenal semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di semua sekolah.

Menterinya, Dr. Mohd Radzi Md. Jidin memaklumkan perkara itu menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen (Selayang-Pakatan Harapan), William Leong.

William sebelum itu meminta menteri menyatakan alasan untuk memperkenal semula PPSMI yang dirancang ketika pemerintahan pentadbiran (PH) dan apakah penambahbaikan yang dibuat untuk mengatasi kelemahan terdahulu.

PPSMI mula diperkenalkan pada tahun 2003 bagi murid Tahun 1 di sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 sekolah menengah namun kerajaan telah memansuhkannya pada tahun 2013.

Namun pada Julai tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kementerian itu sedang mengkaji secara terperinci cadangan untuk melaksanakan semula dasar PPSMI kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa.

Dalam pada itu, Mohd. Radzi turut memaklumkan bahawa kementerian akan turut melaksanakan pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan jika dipersetujui Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta murid.

Namun, kementerian tersebut akan memperhalusi semula perkara berkaitan dengan tulisan Jawi secara menyeluruh dan holistik sebelum ia dilaksanakan.

Perkara tersebut dinyatakan Mohd. Radzi secara bertulis kepada ahli Parlimen (Bukit Mertajam-PH) Sim Chee Keong yang meminta menteri menyatakan pendirian terhadap pengenalan Jawi dalam sukatan buku teks Bahasa Melayu Darjah 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN