fbpx

Polis kesan waris mayat wanita mangsa bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu menaikkan mayat mangsa dari Sungai Kampar sebelum diserahkan kepada pihak polis pada 5 Julai lalu.

KAMPAR – Polis kini sedang mengesan waris mayat wanita dipercayai dibunuh yang ditemui terapung di Sungai Kampar, Malim Nawar awal Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, identiti sebenar mangsa yang dianggarkan berusia 40-an itu masih belum dikenal pasti sehingga kini.

“Tindakan untuk mengesan waris mangsa masih diteruskan walaupun kita sudah mewar-warkan mengenainya melalui saluran media tempatan.

“Mayat mangsa kini berada di Bilik Mayat Hospital Kampar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di kepalanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hasron Nazri, pihaknya sedang menunggu ujian toksikologi dan perbandingan deosiribonukleik (DNA) Jabatan Kimia Malaysia dalam usaha mengenal pasti mangsa.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil bagi melengkapkan siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Mohd Firdaus Jamil di talian 019-2689481. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN