fbpx

Pemilik hospital keluarkan ribuan sijil bebas Covid-19 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Shahed (tengah) diiringi anggota Batalion Gerak Cepat selepas penangkapannya di Dhaka semalam. - AFP

DHAKA – Seorang pemilik hospital di Bangladesh yang dituduh mengeluarkan beribu-ribu keputusan negatif ujian koronavirus palsu kepada pesakit di dua kliniknya, ditangkap semalam (Rabu 15 Julai 2020) ketika cuba lari ke India dengan memakai purdah, kata polis.

Penangkapan tersebut menandakan berakhirnya pemburuan sembilan hari terhadap Mohammad Shahed. Dia didakwa memberikan sijil bebas koronavirus palsu kepada pesakit tanpa melakukan ujian saringan.

Mohammad Shahed, 42, adalah antara lebih 12 orang ditahan pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu berkaitan penipuan tersebut.

Pakar-pakar memberi amaran bahawa sijil palsu itu akan memburukkan lagi situasi wabak koronavirus di Bangladesh yang mempunyai 168 juta penduduk dengan menimbulkan keraguan terhadap kesahihan sijil bebas Covid-19 keluaran  hospital tempatan.

“Dia ditangkap dari tebing sebatang sungai di sempadan ketika cuba melarikan diri ke India. Suspek memakai purdah.

“Hospital-hospital miliknya melakukan 10,500 ujian Covid-19 yang mana 4,200 adalah sahih, manakala baki 6,300 sijil dikeluarkan tanpa ujian ,” kata jurucakap Batalion Gerak Cepat, Kolonel Ashique Billah.

Mohammad Shahed juga dituduh mengenakan bayaran untuk sijil dan rawatan pesakit Covid-19 walaupun bersetuju dengan kerajaan bahawa hospital-hospital miliknya di Dhaka akan memberi rawatan percuma.

Polis Bangladesh turut memberkas seorang doktor dikenali ramai dan suaminya kerana disyaki mengeluarkan beribu-ribu sijil bebas koronavirus palsu di makmal mereka di Dhaka.

Setakat ini, Bangladesh melaporkan lebih 193,000 jangkitan Covid-19 dan 2,457 kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN