fbpx

Mahkamah bekukan dana RM1.4 bilion 1MDB di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan perintah interim dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membekukan wang RM1.452 bilion berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan di London.

Dana tersebut disimpan di dalam akaun escrow sebuah firma undang-undang antarabangsa, Clyde & Co. LLP.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membenarkan permohonan tersebut yang dibuat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“Mahkamah turut membenarkan perintah berkenaan berkuatkuasa bermula hari  ini sehingga pelupusan permohonan yang dijadualkan pada 28 Ogos depan.

“Sehubungan itu, SPRM akan melanjutkan perintah interim tersebut kepada pihak berkuasa di United Kingdom melalui melalui “Mutual Legal Assistance” (MLA) untuk harta itu dibekukan sementara menunggu pelupusan permohonan tersebut,” kata SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, hasil siasatan, SPRM percaya wang tersebut mempunyai kaitan dengan konspirasi penipuan yang antaranya melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi, Tarek Obaid, ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low serta individu-individu berkaitan skandal 1MDB termasuk anak-anak syarikatnya. -K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN