fbpx

Bank Rakyat tawar hadiah lumayan emas bernilai RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
bank rakyat emas
Poster Kempen Emas2 Kilo yang sedang berlangsung kini sehingga bulan November.
bank rakyat emas
Poster Kempen Emas 2 Kilo yang sedang berlangsung dan bakal berakhir sehingga bulan November.

 

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menawarkan hadiah bernilai RM400,000 atau dua kilogram emas kepada para pelanggannya melalui Kempen Emas 2 Kilo yang dilancarkan semula.

Kempen yang sedang berlangsung dan bakal berakhir sehingga 15 November ini dikhususkan kepada pelanggan Pajak Gadai-i Ar Rahnu dan Ar-Rahnu X’Change.

Pemenang hadiah utama Kempen Emas 2 Kilo bakal memenangi satu kilogram emas manakala hadiah lain ditawarkan termasuklah 500 gram, 250 gram dan 10 gram emas.

Perkhidmatan Ar Rahnu bantu selesai masalah kewangan dan juga sebagai pembiayaan segera kepada usahawan.

 

Kempen untuk hargai kesetiaan pelanggan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Rakyat, kempen tersebut bertujuan untuk menghargai kesetiaan pelanggan dan menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat pajak gadai menerusi 185 cawangan Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara.

“Ini merupakan tahun ketiga kempen  ini dianjurkan dan ia diteruskan kerana telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Pada penghujung kempen tahun lalu, Bank Rakyat telah mencatat peningkatan keuntungan sebanyak RM2.4 juta dalam tempoh empat bulan sejak ia dilancarkan dengan melibatkan seramai 240,000 pelanggan,” katanya di sini baru-baru ini.

Emas menjadi aset berpotensi yang boleh dilaburkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

 

Bank Rakyat sasar pertumbuhan pengeluaran pembiayaan 20 peratus

Bank Rakyat menjelaskan, pihaknya mengunjurkan pertumbuhan pengeluaran pembiayaan Ar-Rahnu sebanyak 20 peratus dan pertambahan pelanggan sebanyak dua hingga lima peratus menjelang akhir kempen iaitu bulan November ini.

“Kempen ini juga merupakan platform terbaik untuk mempromosikan perkhidmatan Ar-Rahnu kepada masyarakat serta mendidik mereka mengenai emas yang boleh dijadikan sebagai salah satu aset berpotensi untuk dilaburkan bagi melonjakkan ekonomi individu serta mampu menjana ekonomi negara.

Ar-Rahnu kini semakin popular kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah keperluan aliran tunai segera  malah ia juga boleh dijadikan alternatif pembiayaan yang mudah untuk diproses terutamanya bagi usahawan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana.

Selain itu, Bank Rakyat juga mahu mengubah persepsi masyarakat tentang perkhidmatan pajak gadai bukan hanya untuk mereka yang menghadapi masalah tetapi juga boleh dijadikan sebagai tempat simpanan aksesori emas yang selamat serta jauh daripada unsur riba.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI

BERITA BERKAITAN