fbpx

Woods mahu tempa sejarah Jelajah PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Woods dilaporkan tidak mengalami kecederaan memgancam nyawa. -AFP

OHIO – Legenda golf dunia, Tiger Woods mendedahkan bahawa tiada apa yang mustahil baginya untuk mencipta sejarah pada kejohanan PGA minggu ini sekali gus meraih kemenangan pertama dalam saingan kompetitif sejak Februari lalu.
Woods, 44, yang bakal menyertai Kejohanan Peringatan di Dublin, Ohio menyasarkan untuk menjulang kejuaraan ke-83 Jelalah PGA sekali gus memadamkan rekod yang dilakukan Sam Snead (82 kemenangan) pada tahun 1965.
“Saya ingin maklumkan bahawa saya mahu meraih kemenangan pada kejohanan itu sekali gus melakar sejarah baharu bagi Jelajah PGA.
“Sebab itu saya menyertainya, malah saya mahu meraih kemenangan pada setiap acara yang akan disertai selepas ini,” kata Woods yang sudah memenangi kejohanan berkenaan sebanyak lima kali.
Woods yang berjaya menyamai rekod Snead dengan kemenangan pada Kejohanan Zozo di Jepun, Oktober tahun lalu memberitahu, beliau tidak kisah untuk memulakan saingan pada Ahad ini dan kekal yakin meraih kejayaan yang diharapkan.
“Tiada sebarang alasan kenapa saya tidak mampu untuk melakukannya sekali lagi pada minggu ini,” tegasnya.
Woods terlepas banyak kejohanan golf disebabkan sakit belakang yang dialaminya selain sukan tersebut terpaksa ditangguhkan akibat wabak Covid-19. – AGENSI

WOODS menyamai rekod Snead iaitu 82 kemenangan Jelajah PGA selepas menjuarai Kejohanan Zozo di Jepun, Oktober tahun lalu. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN