fbpx

Perodua Myvi hadir dengan ciri, warna baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Myvi kini hadir dengan warna baharu, Electric Blue.

KUALA LUMPUR – Perodua Myvi tampil dengan ciri keselamatan dipertingkatkan dan warna baharu yang menarik.

Perodua Myvi varian 1.3X, 1.5H dan 1.5AV kini hadir dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran.

Ia merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga kelajuan 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

Selain itu, Perodua turut membawakan warna baharu iaitu Electric Blue untuk semua varian Myvi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi yang telah diperbaharui kini terdapat di semua pusat jualan Perodua seluruh negara.

ASA 2.0 mula-mula diperkenalkan pada Aruz tahun lalu, sebelum turut dimasukkan pada Axia pada 2019 dan Bezza 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN