fbpx

Jumlah pendeposit TH bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus mendapat kepercayaan dan sokongan daripada para pendepositnya melalui peningkatan jumlah deposit kepada RM73.86 bilion pada 30 Jun lepas, berbanding RM69.42 bilion pada 31 Disember tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, dalam tempoh itu, lebih daripada 123,000 akaun simpanan telah dibuka.

“Sebagai memberi nilai tambah kepada pelanggan, kami akan memberi tumpuan terhadap perkhidmatan digital ke­rana sebahagian besar pendeposit TH terdiri daripada golongan celik teknologi,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, Nik Mohd. Hasyudeen menerangkan, pendapatan pelaburannya dalam tempoh separuh pertama tahun ini adalah sebanyak RM1.55 bilion, disokong pelaburan dalam pasaran sukuk dan saham.

Pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu.
Jelasnya, pelaburan hartanah telah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang seba­nyak RM187.13 juta dan RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti.

“Peningkatan pendapatan ini telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion, berbanding RM849.66 juta pada tempoh enam bulan yang sama pada tahun 2019.
“Jumlah aset TH juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun lalu,” ujarnya.

Tambah Nik Mohd. Hasyudeen, TH sedang membuat persediaan untuk menghadapi pengurusan ibadah haji yang lebih rumit pada tahun hadapan, berikutan penangguhan haji pada musim 1441H/2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN