fbpx

Intan Najuwa berani ‘tayang’ perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA

DIVA tertarik dengan gambar seorang pelakon genit, Intan Najuwa yang teman baik tunjukkan baru-baru ini. Intan dilihat semakin berani ‘membuat tayangan umum’ sebahagian perutnya menerusi beberapa keping gambar dalam akaun Instagram. Sekali imbas seperti tiada apa yang menonjol tetapi dua kali tengok, ternampak pula bahagian perutnya yang terdedah.

Gambar tersebut memperlihatkan dia memakai baju berwarna putih, celana merah jambu dan topi bercorak. Terkejut juga Diva ketika melihat gambar sedemikian memandangkan sebelum ini Intan tidak pernah memuat naik gambar dengan pakaian seksi.

Menurut teman Diva, Intan ada juga memakai pakaian begitu sebelum ini, cuma dia menyorokkan bahagian yang terdedah ketika bergambar. Diva sempat juga baca ruangan komen, ada beberapa pengikutnya yang menegur cara pemakaian Intan.

Mungkin Intan sekadar berfesyen tetapi penerimaan peminat berbeza. Berani juga Intan ni. Rasanya kalau hendak memakai pakaian sebegitu, tak perlulah muat naik dalam media sosial. Buat simpanan peribadi cukuplah. Jadi, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai ya.

DIVA: Lebih seronok tengok perut ‘babybump’ artis-artis cantik seperti Fasha Sandha, Emma Maembong, Fazura, Farah Nabila dan Mawar Rashid. Meriah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN