fbpx

Hari Jumaat diumum Hari Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semalam mencipta kelainan berikutan ditulis dalam Jawi.

PUTRAJAYA – Hari Jumaat di­umumkan sebagai Hari Jawi ber­­mula semalam dalam usaha mengekalkan dan memperkasa tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Men­teri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan berkata, usul itu telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan penuh daripada semua menteri pada Rabu lalu.
“Bagi menzahirkan iltizam mar­tabatkan tulisan Jawi di pe­ringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan jawi bagi urusan rasmi.
“Penggunaan tulisan jawi di media sosial juga diperluas kepa­da setiap media sosial rasmi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya dalam kenyataan itu.
Zulkifli menambah, tulisan Ja­wi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Katanya, tulisan Jawi menjadi bahasa perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat sejak dahu­lu.
“Saya ingin menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di pe­ringkat Persekutuan dan nege­ri, badan bukan kerajaan dan se­lu­ruh rakyat untuk bersama dalam usaha memelihara wari­san negara ini,” katanya.
Zulkifli semalam turut menghebahkan kenyataan akhbar bertajuk ‘Kerajaan Serius Memarta­batkan Tulisan Jawi’ dengan me­­nampilkan kelainan dengan di­tulis dalam tulisan Jawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN