PUTRAJAYA – Hari Jumaat diumumkan sebagai Hari Jawi bermula semalam dalam usaha mengekalkan dan memperkasa tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan berkata, usul itu telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan mendapat sokongan penuh daripada semua menteri pada Rabu lalu.
“Bagi menzahirkan iltizam martabatkan tulisan Jawi di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan jawi bagi urusan rasmi.
“Penggunaan tulisan jawi di media sosial juga diperluas kepada setiap media sosial rasmi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya dalam kenyataan itu.
Zulkifli menambah, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Katanya, tulisan Jawi menjadi bahasa perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat sejak dahulu.
“Saya ingin menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat untuk bersama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya.
Zulkifli semalam turut menghebahkan kenyataan akhbar bertajuk ‘Kerajaan Serius Memartabatkan Tulisan Jawi’ dengan menampilkan kelainan dengan ditulis dalam tulisan Jawi.
Hari Jumaat diumum Hari Jawi
- Oleh NOR IDAYU BOSRO
- 15 Julai 2020, 11:59 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

EPL: Arsenal lebar cengkaman pendahulu
1 Februari 2026, 1:11 am

Liga Super: Kuching City ‘cakar’ Negeri Sembilan
31 Januari 2026, 11:05 pm

Skuad Perpaduan Madani bantu lancarkan sambutan Thaipusam
31 Januari 2026, 10:26 pm

Lelaki OKU melecur kebakaran 7 rumah di Jinjang
31 Januari 2026, 9:14 pm

Kampung Janda Berhias antara lokasi terbakar di Melaka
31 Januari 2026, 9:07 pm

53 kru kapal ditahan pindah minyak mentah RM512 juta
31 Januari 2026, 9:03 pm

Pasangan umur 102 tahun rupanya lahir tarikh sama
31 Januari 2026, 9:00 pm

Status NFA kes anak Rafizi bidang kuasa polis
31 Januari 2026, 8:51 pm






