TVKOSMO! Pertabalan Al-Sultan Abdullah sebagai YDP Agong ke-16

30 Julai 2019 7:07 PM
6 views

[TVKOSMO!] Hari ini terlakar sejarah baharu buat Malaysia apabila negara menyaksikan upacara penting bagi Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Istiadat yang berlangsung di Istana Negara ini secara rasminya membuka lembaran baharu dibawah payung kedaulatan negara dengan menyaksikan permulaan pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Raja-Raja pada 24 Januari lalu.