Suasana hari pengundian PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan

13 April 2019 4:11 PM
views
Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula sebaik sahaja 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka tepat pada pukul 8 pagi tadi.


Proses mengundi yang berlangsung selama lebih sembilan jam itu membabitkan seramai 20,793 orang daripada keseluruhan 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi dengan 11 daripadanya mengundi secara pos, sebelum ia ditutup pada pukul 5.30 petang ini.

Siapakah yang bakal memenangi kerusi DUN Rantau, sama-samalah kita nantikan keputusan dan pengumuman oleh SPR malam ini.