Suasana hari penamaan calon PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan

30 Mac 2019 8:20 PM
views
Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Pertandingan itu disahkan selepas Pengurus Pilihan Raya DUN Rantau, Mohd. Nizam Tajul Arus mengumumkan senarai calon yang bertanding pada pukul 10.30 pagi tadi.

BN diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, 63, manakala PH diwakili Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rantau, Dr. S. Streram, 63.

Sementara dua calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Seremban, Mohd. Nor Yassin, 67, dan suri rumah, R.Malar, 51.