Samirah dan dua remaja mengaku tidak bersalah bunuh CEO Cradle Fund

12 Mac 2019 4:22 PM
654 views
Balu dan dua remaja yang didakwa membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi pagi tadi.

Tertuduh, Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja masing-masing berusia 13 dan 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan dihadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Prosiding sebutan semula kes itu tadi dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin dan Mohd. Zain Ibrahim.