Parti Bachelorette Nelydia Senrose dikritik

13 Mac 2019 6:54 PM
views
Majlis bagi menyambut kedatangan hari perkahwinan pelakon, Nelydia Senrose baru-baru ini mencetus kontroversi apabila memaparkan tarian ghairah dan kek berbentuk kemaluan lelaki serta payudara wanita.

Parti itu turut disertai rakan rapat Nelydia dan keluarganya namun, pelakon berusia 24 tahun itu tidak terlibat dalam sebarang persediaan majlis berkenaan.