Orang Asli akur tiga sekatan pembalakan dirobohkan

27 Ogos 2018 7:14 PM
29 views
Kerja-kerja merobohkan tiga sekatan yang dibina penduduk Orang Asli Gua Musang, Kelantan di Pos Tohoi, Pos Bihai dan Pos Pasik pagi tadi. Operasi bersepadu dengan kekuatan kira-kira 400 pegawai dan anggota terdiri daripada Jabatan Perhutanan, polis, Pejabat Tanah dan Galian, Angkatan Pertahanan Awam serta beberapa agensi lain bermula pada pukul 10 pagi.