Misteri Kematian Orang Asli.

11 Jun 2019 5:35 PM
views
Setakat ini 12 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh di Gua Musang, Kelanga didakwa telah meninggal dunia dan dikebumikan secara adat Orang Asli manakala dua kes kematian di hospital.

Malah puluhan lagi dirawat di hospital termasuk di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Krai hari ini selepas mengalami jangkitan salur pernafasan.

Setakat ini, sebanyak 101 kes dicatatkan di kawasan termasuk dua kes kematian yang berpunca daripada jangkitan pneumonia seperti yang dilaporkan sebelum ini

Semoga kes kematian melibatkan Orang Asli akan terungkai dan ditangani segera.