Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob sambung belajar pada usia 68 tahun

19 Januari 2018 7:59 PM
views
Dalam kesibukan kariernya sebagai ahli politik dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob masih sempat menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dalam wawancara bersama TVKosmo!, Adnan memberitahu beliau dijangka menamatkan pengajian secara sambilan itu pada September 2018.