Lahir semangat patriotisme di atas baju-T

27 Ogos 2018 11:38 AM
8 views
Anuar Dan, 58, yang mula berkecimpung dalam bidang seni selama 35 tahun tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan lukisan tangan di atas sehelai baju-T sempena Bulan Kebangsaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini. Dengan berkonsepkan ‘art to wear’, Anuar mengetengahkan lukisan tangan melambangkan Jalur Gemilang di mana ia menunjukkan rasa kecintaan terhadap negara.