KPDNKK melaksanakan pemeriksaan bekalan minyak masak peket sekilogram

10 Januari 2018 10:01 PM
views
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Kedah melakukan pemeriksaan bekalan minyak masak peket sekilogram di pasar raya Billion dan beberapa kedai runcit di Pasar Besar Alor Setar, Kedah. Pemeriksaan itu dilakukan berikutan aduan tentang masalah kekurangan bekalan minyak masak peket sekilogram yang didakwa berlaku sejak seminggu lalu.