Jenazah Dr. Fadi M. R. Albatsh akan dibawa pulang ke Palestin

22 April 2018 7:55 PM
141 views
Kedutaan Palestin di Malaysia menerima arahan daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, agar menguruskan segala keperluan bagi penghantaran pulang jenazah Dr. Fadi M. R. Albatsh serta isteri dan tiga anaknya. Walau bagaimanapun, pihaknya akan tetap menghormati undang-undang di Malaysia serta Mesir dan mematuhi setiap proses yang harus dilalui bagi memudahkan urusan penghantaran pulang jenazah. TVKosmo! turut difahamkan jenazah Fadi akan dibawa pulang ke kampung halamannya pada Selasa ini.