Fizo dan Mawar sah bercerai talak satu

10 Julai 2019 12:52 PM
views
Teka-teki kontroversi rumah tangga antara pelakon dan usahawan, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim, akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini sebentar tadi.

 

Lafaz cerai itu dibuat, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar, 30, sebagai plaintif di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan pukul 10.55 pagi.