Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah

04 Julai 2018 6:44 PM
views
Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta. Beliau diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan dua dokumen perjalanan beliau kepada mahkamah. Tarikh perbicaraan ditetapkan selama 19 hari dari 18 Februari sehingga 28 Februari 2019; 4 Mac sehingga 8 Mac 2019; dan 11 Mac sehingga 15 Mac 2019.