600 stesen minyak Petron sedia bantu anda dalam kecemasan

18 Julai 2018 7:13 PM
views
Stesen minyak Petron bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kesedaran jenayah dengan program Go To Safety Point (GTSP) bagi menyampaikan mesej keselamatan dan bantuan kecemasan di lebih 600 stesen minyak itu. Program GTSP ini telah diperkenalkan sejak tahun 2013 dan Petron Malaysia merupakan syarikat minyak pertama yang menyertai inisiatif GTSP bagi membolehkan masyarakat setempat mendapat bantuan polis dengan kadar segera.