Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Duta Malaysia di Austria, Datuk Ganeson Sivagurunathan dan tiga pegawai kanan Malaysia.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu untuk bertukar-tukar pendapat dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Austria, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, sains dan teknologi, pelancongan selain isu serantau serta antarabangsa membabitkan kepentingan bersama. - Bernama