AMPANG- Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kini sudah memasuki 52 peratus proses pembinannya dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini.
PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk meluluskan diskaun tambang sebanyak 20 peratus kepada penumpang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter bermula 1 April depan.
KUALA LUMPUR - Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang mengalami masalah teknikal membabitkan sistem isyarat perkhidmatan pagi tadi telah kembali seperti sediakala.
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus tambang ke semua destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines menerusi Travelganza Deals mulai hari ini hingga 24 Februari 2019.
KUALA LUMPUR - Perodua telah menyerahkan lebih daripada 100,000 unit kereta Perodua Myvi generasi ketiga kepada pelanggan sejak pelancarannya pada November 2017, membuktikan minat dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama tersebut.
MELAKA - Syarikat penerbangan Malindo Air akan memperkenalkan dua laluan baharu ke Langkawi dan Kota Bharu menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini bermula 1 Mac ini.
KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (Proton) memulakan tahun ini dengan prestasi memberangsangkan apabila jumlah pendaftaran kenderaannya meningkat kepada 7,007 unit bagi bulan pertama tahun 2019.
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 3 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
SINGAPURA - Singapura mungkin tidak membenarkan kenderaan asing yang mempunyai sejumlah denda yang belum dijelaskan bagi kesalahan trafik, parkir atau pelepasan asap kenderaan daripada memasuki republik itu mulai 1 April.
KUALA LUMPUR - Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 sempena perayaan Tahun Baru Cina.
GEORGE TOWN - Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan menaikkan harga tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera bermula 1 April ini, kata pengurus besarnya, Cheok Lay Leng hari ini.
PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 5 sen seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini hingga 8 Februari depan.
KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu terminal bas lain di negara ini mencontohi sistem Jualan Tiket Berpusat (CTS) yang diguna pakai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sejak ia mula beroperasi pada 2011
SEPANG - Tiga syarikat penerbangan tempatan menambah sebanyak 376 penerbangan lewat malam pada tambang rendah bagi tempoh antara 30 Januari dan 12 Februari bersempena perayaan Tahun Baru Cina, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
KUALA LUMPUR - Lebih 452,000 pengguna di tiga lebuh raya iaitu Lebuh Raya Shah Alam (LSA), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SMART bakal menikmati diskaun kadar tol sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.
KUALA LUMPUR - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan barisan model pikap terhangat, Triton baharu untuk pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga bermula RM100,200 hingga RM135,200.
PETALING JAYA - Keputusan penamatan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke tiga buah negeri pantai timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang seperti yang dikatakan sebelum ini belum muktamad.
KUALA LUMPUR - Petronas hari ini melancarkan Petronas Primax 95 baharu dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lancar, prestasi enjin responsif dan lebih cekap bahan api.
GENTING HIGHLANDS – Syarikat pengedar motosikal tempatan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. melancarkan motosikal berkuasa tinggi Yamaha terbaharu, Tracer 900 GT hari ini.
KUALA LUMPUR – Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA)
mendedahkan kira-kira 60 peratus pemandu negara ini didapati gagal menukar
minyak enjin apabila sampai masa berbuat demikian.
BAGAN SERAI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi penguatkuasaan bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina selama dua minggu mulai 29 Januari hingga 12 Februari ini.
KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) berjaya menjual 227,243 unit kenderaan pada 2018, angka tertinggi dalam sejarahnya dan kini menyasarkan peningkatan jualan sebanyak empat peratus kepada 231,000 unit menjelang akhir 2019.
KUALA LUMPUR - Firma perunding perniagaan, Frost and Sullivan meramalkan jualan kenderaan di Malaysia berkembang 1.4 peratus tahun ini kepada 609,700 unit dipacu oleh pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan keyakinan pengguna.
KUALA LUMPUR - Perusahaan Automobil Kedua (Perodua) menyasarkan jualan sebanyak 31,200 unit tahun ini bagi Kenderaan Sport Utiliti (SUV) keluaran syarikat itu, Perodua Aruz yang dilancarkan secara rasminya semalam.
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menasihatkan pelanggannya supaya berhati-hati dengan catatan media sosial dan laman web palsu yang kelihatan serupa dengan laman web rasminya, malaysiaairlines.com.
KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah empat lagi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral- Ipoh serta laluan KL Sentral-Butterworth sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter yang beroperasi tanpa henti selama empat hari tiga malam sempena sambutan Thaipusam bermula 19 Januari ini.
KUALA LUMPUR - Program Pas Tanpa Had My50 bagi fasa kedua, akan diperluas kepada pengguna bas RapidPenang menjelang pertengahan kedua tahun ini sebelum ke negeri lain.
CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan alat timbang mudah alih secepat mungkin bagi memudahkan urusan penguatkuasaan ke atas kenderaan perdagangan di sini.
KUALA LUMPUR - AirAsia Group Bhd. akan menghentikan kutipan fi RM3 bagi kesemua pelepasan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mulai hari ini, dalam usaha untuk mengekalkan kadar tambang udara yang rendah.
KUALA NERUS - Kerajaan negeri Terengganu akan menjenamakan semula bot penambang Seberang Takir dengan memperkenalkan pakej Jejak Warisan Pesisir Air iaitu menyelusuri Sungai Terengganu dari muara hingga ke Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu.
KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) bersedia untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian campuran bahan api yang mengakibatkan kerosakan kira-kira 20 buah kenderaan selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR - Beberapa panel siling Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala Lebuh Raya Guthrie di sini runtuh akibat daripada kejadian ribut hari ini.
KUALA LUMPUR - Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang akibat gangguan sementara perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pagi tadi selepas salah satu daripada tren arah ke selatan mengalami masalah teknikal di stesen Pasar Seni.
KOTA BHARU - Kementerian Pengangkutan masih belum mempunyai keputusan untuk dibawa ke Kabinet berhubung pertimbangan menaikkan kadar tambang bas ekspres antara 10 hingga 30 peratus.
KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) Anih Bhd mengumumkan diskaun tol sebanyak 10 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas untuk semua jenis kenderaan.
BALIK PULAU - Kira-kira 30 pemandu limusin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas di sini mengadakan demonstrasi aman semalam bagi mendesak kerajaan menangani konflik mereka dengan syarikat dan pemandu e-hailing.
PUTRAJAYA - Kumpulan AirAsia sebagai respons kepada writ saman yang diserahkan oleh Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), berkata syarikat penerbangan itu tidak diwajibkan mengutip cukai lapangan terbang bagi MASSB dan enggan mengutip caj tambahan daripada penumpang bagi pihak MASSB.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton Holdings Bhd. (Proton) yang ditunggu-tunggu, Proton X70 yang ditawarkan pada harga bermula RM99,800 hingga RM123,800.
KUALA LUMPUR - Kadar pemakaian tali pinggang keledar masih rendah lagi di negara ini hingga mengakibatkan pemandu atau penumpang cedera parah mahupun melibatkan kematian, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan program Biodiesel (B10) iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil dalam sektor pengangkutan untuk kegunaan semua jenis kenderaan diesel mulai 1 Februari tahun depan.
PUTRAJAYA - Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar, tidak meningkat dengan margin terlalu besar walaupun harga bahan api itu diapungkan mengikut harga pasaran.
KUALA NERUS - Syarikat penerbangan tambang murah nasional AirAsia Berhad (Air Asia) bersedia untuk menawarkan penerbangan khas membawa penyokong skuad kebangsaan menyaksikan aksi akhir kedua Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Sabtu depan.
KUALA NERUS - Syarikat penerbangan tambang murah nasional, AirAsia Berhad (Air Asia) menawarkan kepakaran untuk membantu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meningkatkan jenama menjadi institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA) yang gah di peringkat antarabangsa.
IPOH - Lapangan terbang baharu Perak yang akan dibina di Seri Iskandar dekat sini seperti yang diwar-warkan kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional sebelum ini bakal ditukar ke lokasi lain di selatan negeri itu.
PUTRAJAYA - Kempen "Lapangan Terbang Senyap" yang dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang merupakan sebahagian usaha untuk penambahbaikan pengalaman pengguna lapangan terbang telah mendapat maklum balas menggalakkan.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan mengkaji semula aspek perkhidmatan dan penyediaan sistem pengangkutan awam di seluruh negara bagi mengatasi kelemahan dan melakukan penambahbaikan demi kesejahteraan rakyat.
KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar kereta Proton dan Perodua perlu menghasikan kenderaan yang boleh diterima pasaran antarabangsa, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Bhd. mencatatkan kerugian bersih RM11.42 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2018 daripada keuntungan bersih RM742.6 juta pada suku yang sama 2017.
KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang murah sebanyak 50 peratus dan 25 peratus untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bermula 1 November hingga 31 Disember ini.
GEORGE TOWN - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara pada 25 November (Ahad) mulai 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi sempena acara Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) 2018.
SEPANG - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menambah penerbangan lewat malam sempena musim perayaan Tahun Baru Cina antara 31 Januari hingga 12 Februari.
CYBERJAYA - Semua 4.03 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum dibayar sejak 2012 sehingga 31 Ogos lalu telah dibatalkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
MELAKA – Sebanyak 63,750 saman dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah yang dikesan melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bagi tempoh dua bulan lalu.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sedang meneliti hampir 50 cadangan daripada pemain tempatan yang berminat menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Vendor (VDP) kereta nasional ketiga.
TOKYO – Usaha kerajaan Malaysia mendapatkan kerjasama JR Kyushu Railway Company bagi meneliti masalah pengangkutan tren di Malaysia adalah untuk memastikan perkhidmatan itu memberikan manfaat sepenuhnya kepada negara dan pengguna.
PUTRAJAYA - Penggunaan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hanyalah untuk pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid yang berusia tujuh hingga 12 tahun, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
SEORANG rakan pernah mengadu bahawa dia begitu trauma jika menaiki penerbangan ketika cuaca buruk sama ada semasa hendak berlepas mahupun ketika mendarat.
KUANTAN - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) kini kembali menyediakan kemudahan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah operasinya dihentikan pada tahun 2008.
ALOR SETAR - Kementerian Pengangkutan diminta mengambil tindakan untuk tidak membenarkan mana-mana syarikat feri terus beroperasi sekiranya feri milik syarikat terbabit mengalami masalah yang berulang, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR - Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 baharu, setakat ini menerima 10,000 tempahan sejak tempahan prapelancaran dibuka pada 8 September lepas.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mempelawa pembuat kereta Jerman untuk menyertai projek kereta nasional ketiga, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
SEREMBAN - Bagi memastikan perkhidmatan dan kecekapan lapangan terbang di negara ini berada dalam keadaan baik, Kementerian Pengangkutan telah menetapkan Petunjuk Nilai Prestasi untuk On Time Performance (OTP) mencapai 85 peratus bermula tahun hadapan.
KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengembangkan laluannya dari Sabah ke barat daya China dengan pelancaran penerbangan terus baharu dari Kota Kinabalu ke Kunming, bermula 30 November.
KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah kembali beroperasi seperti biasa hari ini, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh KTMB di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menerima 14 cadangan daripada pihak swasta dan individu berkenaan kereta nasional baharu.
KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili orang kelainan upaya (OKU) membidas rancangan menggantikan bas perantara dengan perkhidmatan Grab untuk mengangkut pengguna MRT.
IPOH - Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak perlu dikaji semula kerana projek itu melibatkan kos yang tinggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) memberi respons positif terhadap cadangan pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi untuk memberi kemudahan kepada warga emas sewaktu beratur bagi mendaftar masuk bagasi di kaunter di lapangan terbang.
KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd. menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk semua destinasi dari 15 hingga 28 Oktober 2018 untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.
ALOR SETAR - Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji permintaan syarikat penyedia perkhidmatan feri yang memohon agar tambang feri ke Langkawi dinaikkan bagi memastikan perkhidmatan lebih baik dapat diberikan kepada penumpang pada masa akan datang.
PETALING JAYA - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. sedang membangunkan arahan suara dalam bahasa Thailand dan Indonesia untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70.
IPOH - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) memperkenalkan laluan baharu kepada pelanggannya iaitu dari Johor Bahru ke Ipoh bermula hari ini.
PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) masih dalam perbincangan dengan kerajaan untuk mengkaji semula perjanjian operasi (OA) yang mengandungi terma-terma lebih baik bagi membenarkan ia mendapatkan semula modal perbelanjaan (capex) untuk tujuan pembangunan.
IPOH - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini hujung tahun ini untuk keselesaan orang ramai.
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan pengurangan lima hingga 10 peratus penglibatan pekerja warga asing dalam sektor perniagaan kecil pada tahun ini.
KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd telah meletakkan Mesir dalam aktiviti eksportnya bagi 2018 semasa majlis pelepasan di kilang pembuat kereta itu di Tanjung Malim hari ini.