fbpx

Pahang alami krisis telur, pengguna makin resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAN jualan telur yang kosong di sebuah pasar raya di Mentakab.

TEMERLOH – Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di negeri ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna dan peniaga.

Ia ekoran, telur merupakan antara bahan pen­ting bagi peniaga untuk penyediaan makanan dan juga menjadi bahan asas makanan isi rumah.

Berdasarkan tinjauan di beberapa lokasi di Jerantut, Mentakab, Bentong dan Rompin mendapati, masalah kekurangan telur berlaku sejak minggu lalu.

Difahamkan meskipun bekalan mula dihantar, namun ia masih belum mencukupi menyebabkan pengguna terpaksa menyediakan makanan tanpa telur.

Seorang pengguna di Menta­kab di sini, Alice Tee, 37, berkata, sudah seminggu dia tidak dapat membeli telur apabila bekalan berkenaan habis di kedai.

“Saya berulang ke pasar raya petang semalam dan bekalan habis lagi, saya juga meminta rakan di Bentong membeli semalam tetapi tiada juga.

“Apabila saya tanya di kedai, mereka kata bekalan akan sampai dalam masa terdekat tetapi dalam kuantiti yang tidak banyak dan tidak cukup,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, di Jerantut, seorang Penduduk Felda Kota Ge­langgi Dua, Masriyani Ismail, 54, memberitahu, dia yang berniaga nasi lemak hanya memperoleh satu sarang telur di kedai runcit Felda tersebut.

“Kami sekeluarga memang perlukan sangat telur untuk berniaga dan sediakan makanan anak-anak. Buat kuih pun perlu telur juga,” ujarnya

Jelasnya, tidak semua orang mampu keluar ke pekan Jerantut sejauh 55 kilometer untuk beli telur apabila kedai runcit di kawasan berdekatan tiada bekalan.

Sementara itu, peniaga roti canai di Pekan Damak, Jerantut, Mohd. Naim Ishak, 60, berkata, semalam dia kehabisan telur untuk menyediakan hidangan itu kepada pelanggan yang datang bersarapan di kedainya.

Mohd. Naim berkata, berikutan kekurangan bekalan telur, dia cuma menjual roti canai biasa kepada pelanggan dan berharap kesulitan itu dapat diatasi segera oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI