fbpx

Al-Ahli sedia gandingkan Mane, Firmino pada jentera serangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAB Al-Ahli mahu menggandingkan semula Mane dan Firmino menjadi jentera serangan tajam pada Liga Pro Arab Saudi. – AFP

MUNICH – Kelab Arab Saudi terus menjadi perhatian dan kali ini Al-Ahli dilaporkan bersedia untuk membawa masuk Sadio Mane bagi mengembalikan gan­dingan Roberto Firmino.

Mane kini dijangka meninggalkan Bayern Munich selepas dinilai sebagai pemain gagal walaupun hadir ke kelab gergasi Jerman itu dengan reputasi besar selepas memainkan peranan penting buat Liverpool.

Kempen sulung bintang Se­negal itu juga tidak seperti dirancang termasuk dihimpit kontroversi dengan rakan sepasukan, Leroy Sane dan laporan turut menyebut Bayern Munich sudah pun bersedia untuk menerima sebarang tawaran.

Laporan juga menyebut minat terhadap Mane tidak hanya membabitkan Al-Ahli, malah beberapa buah kelab lagi daripada Liga Arab Saudi, namun belum ada sebarang khabar mengenai kesediaan penyerang tersebut untuk berhijrah ke Timur Te­ngah.

Jika tidak menjadi realiti, Mane dijangka memperoleh pe­luang kedua untuk dia me­ngubah nasibnya bersama Bayern Munich, namun mungkin berdepan kesukaran selepas Thomas Tuchel dikatakan sedang berusaha mendapatkan Harry Kane.

Selepas perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr, Liga Arab Saudi bakal diwarnai ramai bintang dunia seperti Karim Benzema, N’Golo Kante dan Ruben Neves. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI